Wednesday, April 25, 2012

Kuih Wajik/Pulut Manis

Bahan:
500g pulut
100g gula pasir
750g gula melaka
3 helai daun pandan
375ml santan pekat
1 1/2 cawan air
sedikit garam

Cuci bersih pulut dan rendam semalaman. Pada keesokan hari, pulut ini hendak lah dikukus sehingga masak. Sementara itu masak gula Melaka, gula pasir, garam, daun pandan dengan 1 1/2 cawan air, sehingga gula larut. Kemudian tapis. Masukkan santan kedalam gula ini dan masakkan sehingga pekat dan bertali, masukkan pulut. Kacau dan masak sehingga adunannya tidak melekat kepada kayu pengacau. Masukkan ke dalam loyang dan ratakan.Sejuk baru potong.

No comments:

Post a Comment