Friday, November 23, 2012

Kuih Bom



Bahan-bahan:-

120 gm Tepung Pulut
20 gm Tepung Gandum
35 gm Gula Kastor
Secubit Garam
100 ml Air
 
Biji Bijan - untuk salut
 
Inti Kelapa/Kacang Merah

Cara-cara :
1. Campurkan kesemua bahan (kecuali bijan dan inti) sehingga sebati menjadi doh yang lembut. Bahagikan kepada 12 ketul.
2. Leperkan seketul doh, letak seketul inti, balut dan bulatkan.
3. Golekkan ke atas biji bijan sehingga menyaluti seluruh permukaan bola kuih.
4. Ulang sehingga habis.
5. Goreng dengan minyak yang dalam sehingga garing.

Friday, November 9, 2012

Mini Apam Balik

Bahan:
2 Cawan Tepong Gandum
1/2 Cawan Gula
1 sudu teh Soda bicarbonate
1 sudu teh Baking powder
1 biji telor
1 1/2 Cawan air
Sedikit perwarna kuning

Inti:
Kacang tanah di tumbuk halus
Gula
sedikit mentega untuk sapuan 

Cara:
Masukkan kesemua bahan tadi dan gaul sehingga sebati.
Sediakan acuan apam, tuang kan adunan tadi  ke dalam acuan, masak dengan api perlahan. Setelah masak angkat, sapukan mentega dan taburlah dengan gula dan kacang tanah.. Lipat dua. Sedia untuk d hidang.



Thursday, November 8, 2012

Kuih Getas



Bahan-bahan :
  • 250 gm tepung pulut
  • 150gm kelapa parut- saya guna kelapa kering...
  • 130 ml air
  • secubit garam
  • * 3/4 cwn gula
  • * 1/2 cwn air
  • * sehelai daun panadan
Cara-cara
  1. Campurkan semua bahan kecuali yg bertanda *, gaul hingga menjadi doh.
  2. Kepal bulat2 dan dileperkan (saya buat bentuk lonjong) ikut suka saiz, ketebalan dan bentuk. Goreng hingga kekuningan
  3. Dikuali lain, masak bahan bertanda * hingga pekat, bebuih dan bertali. Masukkan kuih yg telah siap digoreng. Pastikan api kecil. Bila gula mula terbentuk dan melekat matikan api.
  4. Sedia utuk dimakan, sesuai utk sarapan dan minum petang.

Friday, November 2, 2012

KEK SARANG SEMUT

Oleh: Ma Saly
Sumber Resipi : Naz COSK @ovenkecil.blogspot.com

Bahan untuk gula hangus :

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 2 sudu besar mentega
Cara :
  1. Gula digoreng dengan api sederhana besar.
  2. Bila gula dah agak cair, masukkan air panas (bab ni kena hati-hati sikit tau! Nanti dia meletop-letop).
  3. Masak hingga gula betul-betul larut.
  4. Kemudian masukkan mentega dan kacau hingga ia cair. Tutup api dan ketepikan.
Bahan untuk kek :
  • 4 biji telur
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara :
  1. Pukul telur hingga kembang (warna telur menjadi pucat).
  2. Masukkan susu pekat manis dan pukul rata. Mulai step ni, boleh curah adunan ke dalam blender je kalau nak.
  3. Masukkan tepung dan soda bikarbonat yang diayak terdahulu sedikit demi sedikit.
  4. Tuangkan asen vanilla.
  5. Akhir sekali, masukkan gula hangus tadi. Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (bertutup) untuk mendapatkan sarang yang cantik.
  6. Bakar selama 1 jam pada suhu 160 C dengan api bawah sahaja. Kemudian balance terakhir 11 minit tu pula api atas dan bawah.