Monday, January 24, 2011

TiramiSu



Ini ada lah percobaan pertama kali membuat Tiramisu.... The very 1st time in the making of TIRAMISU.... alahai... hasilnya cukup memuaskan..... Nak resipi!!... ambik dan coba ya kawan2... :D

Bahan2 utama:

Process penyusunan:

Last but not least:

Masukkan kedalam peti ais buat beberapa jam.... sebelum d hidang..

Ingredients
Ingredients for 4-6 servings
- 500 g (18 oz.) Mascarpone
- 5 eggs
- 5 tbsp. powdered sugar
- 1 package of ladyfinger biscuits
- 300 ml (1 1/4 cup) very strong coffee
- 1 tbsp. cocoa powder
Method
  1. Whisk the egg yolks and sugar until the mixture is pale;
  2. add the mascarpone and mix well;
  3. beat the egg whites to stiff peaks and fold them into the mixture;
  4. dip the ladyfinger biscuits into the strong coffee and arrange a layer of them in the bottom of a serving bowl or in small individual cups;
  5. cover with a layer of the mascarpone mixture; place another layer of coffee-soaked biscuits on top and cover with another layer of the mascarpone mixture;
  6. refrigerate for at least three hours; serve cold, sprinkled with cocoa powder.

Monday, January 17, 2011

APAM Pelangi



Pelangi oh pelangi..... sekarang musim hujan..... hati teringin nak makan APAM... semalam mengziarahi blog teman2 dan terjumpa satu masakan apam iaitu APAM PELANGI.. Mudah dan senang. Jom kita sama2 lihat resipinya. Sesiapa yang ingin mencuba silakan.... sangat2 memuaskan...lembut dan enak...

Resipi:

4 biji Telor
300 gm Tepong Gandum
300 gm Gula Pasir
2 sudu kecil Ovalet
1 sudu kecil Bicarbonate of Soda
250ml Santan
1 sudu kecil essen vanila
Perwarna ~ Biru,Kuning,Merah

Cara:
Pukul telor, gula dan ovalet sampai kembang dan gebu, masukkan vanila dan gaul.
Masukkan tempong gandum yg d ayak bersama B.of Soda berselang seli dengan santan. Gaul sebati.
Bahagi 3 bahagian dan warnakan.
Lapis setiap adunan satu demi satu hingga habis bermula dari tepi loyang.
Kukuslah sehingga apam masak.


Apam Pelangi yang saya buat ni hanya mengunakan 1/2 dari adunan di atas.

SELAMAT MENCOBA....

Thursday, January 13, 2011

Kek Lapis Liyana


Mengilhamkan sebiji Kek Lapis Liyana dengan pengunaan jejari coklat dan Oreo...

Resipi:
350 gm Butter
3o0 gm Caster sugar
350 gm Tepong gandum
100 gm Horlick
10 biji telor
1/2 tin susu pekat manis
1 sudu makan ovalet
2 pkts Biskut OREO
1 pkt jejari coklat
1 sudu kecil vanila
sedikit warna kuning



Cara:
Pukul butter bersama gula sampai kembang dan berkrim.
Masukkan telor satu persatu, kacau hingga sebati
Masukkan ovalet,tepong gandum,horlick dan essen vanila ~ gaul. kemudian masukkan susu pekat manis gaul lagi.
Warna kan adunan dengan warna kuning.
Panaskan oven pada suhu 160 C
Sendukkan adunan kedlm loyang dan bakar dengan api atas bawah sampai keperangan. Buat lah selapis lagi dan susunkan pecahan Oreo dan jejari coklat. Bakar dgn api atas... Buatlah lapisan selanjutnya dangan cara yang mula2 tadi sampailah habis...


MARBLE cheese cake



Hari ini membuat Marble Cheese Cake..... yang simple dan lazat...


Bahan-bahannya:
8 biji telur (gunakan 7 putihnya)
12 oz mentega
9 oz gula halus
10 oz tepung Hong Kong
5 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk vanilli
100 gm cream cheese - di pukul sehingga lembut
2 sudu besar serbuk koko (cairkan dgn 2-3 sudu air panas), sejukkan



Cara-cara:
Tepung dan baking powder diayak terlebih dahulu. Kuning telur diasingkan dari putihnya. Mentega, susu dan vanilli dikacau/pukul hingga kembang. Ketepikan.

Pukul putih telur hingga kembang sambil masukkan gula sedikit-sedikit hingga habis. Masukkan kuning telur sebiji-sebiji dan terus pukul hingga sebati.

Satukan adunan mentega dan putih telur. Kacau rata-rata dan masukkan pula tepung yg dah diayak bersama baking powder.

Kemudian bahagikan kepada 2 bahagian. Satu dibiarkan plain dan di campur cheese dan yang satu lagi dibubuh koko.

Siapkan loyang yang telah dialas kertas dan disapu mentega. Tuang adunan satu senduk plain, diikuti satu senduk koko. Buatlah begini hingga selesai adunan.

Bakar di dalam oven dgn suhu 180 darjah Celsius selama kira-kira 45 minit hingga 50 minit.





Wednesday, January 5, 2011

Ayam masak Ungkep

Hari ini terciptalah satu hidangan yang istimewa...... sungguh sedap, nyaman dan enak. Resipi dari teman FB kalau bukan dari Cik Nur Halizan. Terima kasih ku sekali lagi kepada beliau kerana sudi berkongsi resipi.... :D. Sesuai di makan bersama nasi putih, roti naik dan juga pulut.... Mmmm......

Resipi:
(A)
1.5 kg ayam - potong kecil
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 biji bawang besar - hiris bulat
2 batang serai - di titik
minyak masak
1 hiris asam keping
2 sudu besar cili kering
garam dan perisa
air secukupnya

(B)
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 biji bawang besar (Merah)
4 ulas bawang putih

:: Di kisar halus

(C)
Bumbu:
2 sudu besar ketumbar
2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih
1 sudu besar lada putih
1 sudu besar lada hitam

:: Cuci bersih dan d sangai dan di kisar halus...

Caranya:
Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bawang besar, bahan kisar dan serai sampai naik bau.

Masukkan bumbu kisar tadi dan tumis lagi sampai agak2 garing.

Masukkan ayam dan kacau hingga sebati. Tambah 2 cawan air dan asam keping, kacau lagi biar rata. Tutup kuali dan biar buat seketika selama 30 minit hingga ayam empuk.

Tambah air jika ayam belum empuk. Masukkan garam dan perisa.

Harus di coba ya....

Monday, January 3, 2011

Kek Lapis OREO Pelangi


Hari ini teringin sangat nak makan Kek Lapis Oreo. Ma menghasilkan kek Lapis Oreo Pelangi...

Resipi:
350 gm Butter
350 gm Caster sugar
350 gm Tepong gandum
10 biji telor
1/2 tin susu pekat manis
1 sudu makan ovalet
2 pkts Biskut OREO
6 warna ~merah,ungu,biru,kuning,hijau,oren

Cara:
Pukul butter bersama gula sampai kembang dan berkrim
Masukkan telor satu persatu, kacau hingga sebati
Masukkan ovalet,tepong gandum gaul, kemudian masukkan susu pekat manis gaul lagi.

Bahagi kepada 7 bahagian:-

1. Warna asal
2. Merah
3. Ungu
4. Biru
5. Kuning
6. Hijau
7. Oren

Panaskan oven pada suhu 160 C
Tuangkan warna asal kedlm loyang dan bakar dengan api atas bawah sampai keperangan.
Diikuti dengan warna merah dan susun kan biskut Oreo. Bakar lagi dgn api atas sahaja.
Warna ungu dan diikuti dgn warna2 seterusnya. Setiap dua lapis di letak biskut Oreo...