Monday, January 17, 2011

APAM Pelangi



Pelangi oh pelangi..... sekarang musim hujan..... hati teringin nak makan APAM... semalam mengziarahi blog teman2 dan terjumpa satu masakan apam iaitu APAM PELANGI.. Mudah dan senang. Jom kita sama2 lihat resipinya. Sesiapa yang ingin mencuba silakan.... sangat2 memuaskan...lembut dan enak...

Resipi:

4 biji Telor
300 gm Tepong Gandum
300 gm Gula Pasir
2 sudu kecil Ovalet
1 sudu kecil Bicarbonate of Soda
250ml Santan
1 sudu kecil essen vanila
Perwarna ~ Biru,Kuning,Merah

Cara:
Pukul telor, gula dan ovalet sampai kembang dan gebu, masukkan vanila dan gaul.
Masukkan tempong gandum yg d ayak bersama B.of Soda berselang seli dengan santan. Gaul sebati.
Bahagi 3 bahagian dan warnakan.
Lapis setiap adunan satu demi satu hingga habis bermula dari tepi loyang.
Kukuslah sehingga apam masak.


Apam Pelangi yang saya buat ni hanya mengunakan 1/2 dari adunan di atas.

SELAMAT MENCOBA....

No comments:

Post a Comment