Hari ini terciptalah satu hidangan yang istimewa...... sungguh sedap, nyaman dan enak. Resipi dari teman FB kalau bukan dari Cik Nur Halizan. Terima kasih ku sekali lagi kepada beliau kerana sudi berkongsi resipi.... :D. Sesuai di makan bersama nasi putih, roti naik dan juga pulut.... Mmmm......
(A)
1.5 kg ayam - potong kecil
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 biji bawang besar - hiris bulat
2 batang serai - di titik
minyak masak
1 hiris asam keping
2 sudu besar cili kering
garam dan perisa
air secukupnya
(B)
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 biji bawang besar (Merah)
4 ulas bawang putih
:: Di kisar halus
(C)
Bumbu:
2 sudu besar ketumbar
2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih
1 sudu besar lada putih
1 sudu besar lada hitam
:: Cuci bersih dan d sangai dan di kisar halus...
Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bawang besar, bahan kisar dan serai sampai naik bau.
Masukkan bumbu kisar tadi dan tumis lagi sampai agak2 garing.
Masukkan ayam dan kacau hingga sebati. Tambah 2 cawan air dan asam keping, kacau lagi biar rata. Tutup kuali dan biar buat seketika selama 30 minit hingga ayam empuk.
Tambah air jika ayam belum empuk. Masukkan garam dan perisa.
No comments:
Post a Comment