Thursday, March 29, 2012

Masala Vadei



Bahan:

250 gm kacang dhal (basuh dan rendam selama 4 jam...toskan dalam penapis dan kisar kasar dan ketepikan).
2 tangkai cili kering d hiris halus
1 labu bawang bombay kecil d hiris halus
1 sudu kecil BIJI jintan manis
6 - 8 helai daun kari d hiri halus
Garam secukup rasa
minyak untuk mengoreng


Cara:

1. Masukkan kedalam mesin kisar (blender)kacang dhal yang telah di toskan tanpa d tambah air semasa mengisar. Biar hasil kisaran kasar sedikit.

2. Masukkan daun kari, bawang, biji jintan manis, hirisan cili kering dan garam dalam bekas kisaran tadi dan gaul rata.

3. Ambil hasil pes campuran dan jadikan bulat dan leperkan di atas tapak tangan (letak sedikit minyak d atas tapak tangan supaya tidak melekat).

4. Tentukan minyak cukup panas. Masukkan vadei tadi kedalam minyak dan goreng 4 atau 5 dan tentukan ia tidak bertindeh di antara satu sama lain. Suhu minyak perlu di jaga sentiasa jika tidak vadei akan bertaburan dalam kuali atau hangus sebelum masak. Masa mengoreng selalunya 5 - 6 minit..vadei cukup masak dan garing.

No comments:

Post a Comment