Saturday, October 22, 2011

Begedel



Bahan-bahan
  • 1 kilo kentang, dikupas kulitnya dan dipotong bulat
  • 300 gram daging cincang
  • 2 biji telur, asingkan kuning dan putih
  • 3/4 cawan bawang goreng
  • secekak daun sup, dicincang
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh serbuk lada putih
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Panaskan kuali dan goreng kentang yang telah dipotong bulat. Bila sudah masak angkat dan toskan. Kemudian ditumbuk lumat.
  2. Tumbuk bawang putih bersama garam dan serbuk lada putih. Kemudian tumis dengan sedikit minyak sehingga naik bau dan masukkan daging cincang. Masak sehingga daging bertukar warna dan airnya kering.
  3. Campurkan daging yang telah digoreng tadi ke dalam kentang yang telah ditumbuk lumat. Masukkan juga 2 biji kuning telur, bawang goreng dan daun sup. Gaul rata adunan. Kemudian bentukkan seperti bergedil. Bentuk ikut citarasa sendiri.
  4. Panaskan minyak, biar minyak betul-betul panas kalau tidak bergedil senang pecah bila digoreng. Celup bergedil yang telah dibentukkan kedalam 2 biji putih telur tadi dan kemudian goreng. Teknik supaya bergedil tidak pecah ialah jangan dibalikkan bergedil sehingga ia betul-betul garing. Insyallah bergedil tidak pecah, gorengnya pun lawa.

Friday, October 21, 2011

Onde-onde Buah Melaka



Bahan-bahan:
  • Sedikit air daun pandan & pewarna hijau-kalau nk guna air pandan aje pon ok
  • Sedikit brown sugar-kalau ada gula melaka lg bagus
  • 2 cwn tepung beras pulut
  • Sedikit kelapa kering-kalau ade kelapa parut fresh lg best
  • sedikit garam
  1. Bancuh tepung pulut bersama air yg dicampur dgn air pandan dan sedikit pewarna hijau. Gaul sehingga tepung sebati dan tidak terlalu lembut/keras.
  2. Bulat2 kan dan isi brown sugar/gula melaka ditengah. Tutup dan bulatkan kembali.
  3. Masukkan dlm air mendidih dan biarkan sehingga onde2 terapung.
  4. Angkat dan gaulkan dgn kelapa kering yg telah dibancuh dgn sedikit air panas & sedikit garam. Kalau guna kelapa parut fresh, gaulkan saje dgn sedikit garam. Ulang sehingga tepung habis. Siap!

Thursday, October 20, 2011

Paceri Nenas


Bahan:
1 biji Nenas - cincang
2 cawan air
2 cbsr minyak

Bahan tumis:
1 biji bawang besar- di hiris
4 kuntuk bunga cengkih
4 biji buah pelaga
1 kerat kayu manis

1/2 sudu makan halia - di hiris
3 ulas bawang putih - di hiris
2 cbsr kismis
1 cteh serbuk kunyit
5 cbsr gula
1 cteh garam

Cara:
Masukkan nenas cincang kedalam periok berisi air. Masak sehingga mendidih dan angkat.
Panaskan minyak, masukkan bahan tumis tadi. Setelah bawang garing, campurkan pula bawang putih dan halia di gaul lagi sehingga garing. Masukkan kismis, nenas dan air, kunyit, garam dan gula. Didihkan selamat 10 minit. Masak sehingga pekat.

Wednesday, October 19, 2011

Mee Pok Udang




  • 1 peket mee POK
  • 4-6 ekor udang basah
  • 50g udang kering ( blend )
  • 1/2 biji bwg besar
  • 3 ulas bwg putih
  • 4 sudu sos tomato
4 sudu cili sos
  • 1 biji telur (d pukul sebentar)
  • sawi
  • tauge
  • bawang goreng
  • Hirisan cili merah
  • Air
  • Gula
  • Garam
  • sedikit tepong jagong (untuk memekat kuah d campur dgn sedikit air).

Cara-cara

  1. Celur mee POK.
  2. Blend bwg besar,bwg putih,cili. Panaskan minyak dan tumis hingga cili masak.
  3. Masukkan udang kering yang telah diblend hingga naik bau. Kemudian masukkan air, udang basah, sos cili and sos tomato. Didihkan. Masukkan pula gula dan garam secukup rasa.
  4. Kecilkan api. Masukkan campuran tepong jagung tadi gaul perlahan sambil masukkan telur yg telah di pukul sebentar. Akhir skali masukkan sawi.
  5. Tutup api. Curahkan di atas mee. Dan hiaskan dengan bawang goreng, tauge, hirisan cili dan limau kasturi. Siap utk dimakan.

Saturday, October 15, 2011

Ayam Tandoori


Bahan-bahan:
bahan kisar 1:
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1 biji limau nipis - ambil jus
1 camt serbuk kunyit
2 camt serbuk cili
150g natural yogurt
1/2 camt pewarna merah (Ma tak guna perwarna)
sedikit garam


bahan kisar 2
3 biji cili kering
1 camt halba
3 camt biji ketumbar - goreng tanpa minyak utk kasi naik bau
1.1/2 camt jintan putih - goreng tanpa minyak utk kasi naik bau

cara:
perap ayam dengan bahan kisar 1 selama 1/2 jam
masukkan bahan kisar 2 gaulkan sehingga sebati
masukkan dlm bekas tertutup dan simpan dlm fridge semalaman
masa nak bakar sapu sedikit minyak sapi

bakar dlm suhu 200 degree selama 60 min

Pisang Kukus Kelapa Manis/ Urap Pisang


Bahan:
12 biji pisang kepuk - di cuci (jgn di kupas kulitnya) dan di kukus selama 15 minit.

130g kelapa partu di buang kulit
2 cbsr gula
1/2 cteh garam

caranya
Kupas kulit pisang dan hiris isi pisang memanjang. Ramas kelapa bersama gula dan garam,
barulah di gaul bersama pisang.


Monday, October 10, 2011

Apam Tapai/Beras



1 cup nasi ( gaul dgn 1tsp ragi+1tsp gula,simpan dlm warm place for 48hrs)
2 cup tpg beras
1 cup gula
2 cup air
2 sudu teh eno

Cara:
masukkan semua bahan kecuali eno dalam blender. blend sampai hancur.
simpan dalam bekas tertutup, perap 6 jam di tempat panas.
panaskan steamer. bungkus tutup dgn kain. mengelakkan air menitik atas kuih.
bila ready utk di kukus, masukkan eno dalam mixture yg dah di perap tadi, gaul perlahan2.
masukkan dalam loyang. kukus selama 45 min.

Wednesday, October 5, 2011

Cek Mek Molek

by: Ma@Masalykitchen.blogspot.com
Source: airtangan Reen Khan
http://reenkhan7067.blogspot.com/

Bahan bahanya:

4 biji ubi keledek (direbus dan dilecek halus mulus)
2 cawan tepung gandum (main agak2 je sesedap kita mengentel)

untuk intinya
Gula secukupnya.
Cara:
Ubi keledek d rebus seningga empuk toskan kemudaian d lenyek2 hingga betul2 lumat semasa tengah panas2 lagi.
Kemudian campurkan dengan tepung tandum sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh.
Bulatkan doh kecil2 menjadi bebola kemudain doh tadi d leperkan dgn tangan, kalau melekat pada tapak tangan puan2 sapu minyai masak, kemudain letakkan sedikit gula di tengah2 dan bentukkan menjadi bujur.
Setelah itu bolehlah d gorengkan dalam kuali yang berisi minyak yang sedang2 panasnya.


Tuesday, October 4, 2011

Marble Hard Boiled Eggs a.k.a Telor Pindang

INGREDIENTS:
4 cups (1 liter) water
12 large eggs

1 cinnamon stick
3 star anise
6 tablespoon soy sauce
3 teaspoon dark soy sauce
1 teaspoon Chinese five spice powder
1 teaspoon sugar
1 teaspoon salt
METHOD:

Add 4 cups (1 liter) of water to a pot and gently drop in the eggs. Make sure the water covers the eggs. Bring the water to boil over high heat. Boil until the eggs are cooked, about 10 minutes.

Remove the hard-boiled eggs from the boiling water and rinse them with cold running water. Using the back of a teaspoon, gently tap the eggshell to crack the shell. Discard the water in the pot.

Add the rest of the ingredients and return to a boil.

Transfer the eggs to the pot and boil the eggs at a low heat. Simmer the eggs for at least 1 hour.

Monday, October 3, 2011

BINGKA LABU



Bahan:

200gm Tepong gandum
600gm Santan (2 pkts santan + 600gm air)
400gm Labu (d kukus sebentar dan d lenyek2kan)
200gm Gula
4 biji telor
30gm mentega cair
sedikit garam
sedikit bijan untuk taburan

Cara:

Labu dan gula di gaulkan sampai sebati.
Kemudian masukkan telor satu persatu, tepong gandum, santan dan garam. Di gaul rata.
Akhir sekali masukkan mentega cair.
Tapiskan dan masukkan ke dalam acuan. Tabur bijan di atasnya sebelum d bakar.
Bakar dgn suhu 180 selama 40 minits, sehingga masak.




Sunday, October 2, 2011

Carrot cake

Ingredients:

200gm Plain flour
1/2 tsp ground cinnamon
1/2 tsp grated nutmeg
1 tsp baking powder
1 tsp bicarbonate of soda
150 gm dark sugar
200ml vegetable oil
3 medium eggs
225gm carrots
50 gm chopped walnut

Method:
Preheat over 200 c.
Shift the flour, baking powder and bicarbonate of soda together
Stir in the dark sugar and mix together
Lightly whisk the oil & eggs together then gradually stir into the flour and sugar mixture. stir well
Add carrot and walnut mix throughly and then pour into the prepared cake pan.
Bake for 1 1/2 hours or until cook.