Thursday, May 26, 2011

Donut Ball


bahan-bahan :
  • 2 cawan tepung high protein atau tepung gandum
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu besar yis segera + 1/4 cawan air suam (direndam sehingga berbuih)
  • 90 ml susu segar (-/+)
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1/2 sudu kecil garam
  • gula icing atau gula halus untuk saduran
Cara-cara :
  1. Kisar/putar semua bahan (kecuali tepung, yis dan gula saduran) hingga sebati.
  2. Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, bersama yis . Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
  3. Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
  4. Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
  5. Sadurkan dengan gula icing atau hiaskan dengan topping kesukaan.

No comments:

Post a Comment