Tuesday, November 30, 2010

kek Gula Hangus@kek Sarang Semut


Hari ini menceriakan diri....... buat Kek Gula Hangus@ Kek Sarang Semut... Hasil yang sangat mengembirakan hati. Pertama kali mencuba.....


Bahan-bahan

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu pekat ( guna hampir 3/4 cup sahaja)
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 4 biji telur
  • 2 sudu besar mentega




Cara-cara
  1. Masak gula dengan api sederhana sehingga hangus
  2. Masukkan air panas sedikit-sedikit dan masak lagi hingga gula cair.(hati2 sbb merecik2)
  3. Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu. Sementara itu....
  4. Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat.
  5. Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.
  6. Masukkan pula tepung + soda yg sudah di ayak dan sebatikan.
  7. Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
  8. Perap adunan selama lebih kurang 1-2 jam.
  9. Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam@hingga masak.


Publish Post





No comments:

Post a Comment