Wednesday, November 24, 2010

Roti ..

Sangat sangat berterima kasih kepada sahabat ku dari FB yang duduk kat Shah Alam....Nur Halizan... Ma sangat berbesar hati kerana sudi berkongsi resipi ROTI ni... Hasil yang cukup memuaskan...


BAHAN-BAHANNYA :-)

400 g tepung roti
100 g tepung gandum je)
250 ml air
50 g susu pekat manis
120 g gula halus
100 g mentega
11 g yeast segera
1 camca teh esen vanilla



Dalam process merehatkan roti..


CARA MEMBUATNYA :-)

Satukan semua bahan2 di atas dalam satu bekas besar, kecuali mentega.
Uli hingga menjadi doh, masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang kenyal.
Bulat2 kan doh dan biar 45 minit atau naik.

~~ KAEDAH LAIN :-)

Masukkan semua bahan tadi ke dalam Breadmaker dan pilih setting untuk "doh".
Tekan on dan tunggu hingga siap.
Tumbuk doh untuk membuang udara, bahagikan kepada 16 bahagian yang sama besar,
bulat2kan doh dan susun dalam tin yang telah disapu dengan sedikit mentega.
Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar kan 1 jam atau hingga naik.
Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 15 - 20 minit.
Sapu mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven.
Sejukkan sepenuhnya sebelum dihidang....




2 comments: