Monday, February 27, 2012

Pandan Putu Mayam

Acuan yang d gunakan untuk membuat Putu Mayam

Bahan-bahan:

1 kg tepung beras
1.5 liter air
garam
pandan paste

100 gram kelapa parut
100 gram gula pasir

Cara penyediaan:

Didihkan air. Campurkan tepung beras bersama garam dan pandan paste. Masukkan air panas dengan perlahan-lahan dan gaul sehingga menjadi doh lembut.

Panaskan pengukus.
Masukkan adunan tepung beras ke dalam acuan. Tekan ke dalam pengukus. Kukus selama 5 minit.
Setelah masak, hidangkan bersama gula pasir dan kelapa yang digaul dengan garam.

3 comments:

  1. Resepi kuih putu mayam biasa tu sudah saya cuba, Al-hamdulilah menjadi cuma saya tiada acuan khas tu..Guna saringan saja..Harap-harap nanti dapat beli acuan tu supaya saya boleh bikin kuih kesukaan keluarga ni lagi..Terima kasih ya Ma kerana berkongsi resepi..

    ReplyDelete
  2. Harapan tu Puan pasti akan menemui acuan Putu Mayam....

    ReplyDelete
  3. Dimana ada jual acuan putu mayam sekitar kl

    ReplyDelete