Wednesday, December 28, 2011

Roti DoremOn



By: Masaly
Source:RoZ@ HomeKreation

INGREDIENTS:
140ml Water
200g Plain Flour
20g Sugar
1/1 tsp Salt
1 tsp Instant Yeast
8g Butter

METHOD
:
1. Mix well all ingredients, except butter.
Add in butter & knead until smooth.
Cover & rest until doubled in size.

2. Punch the dough & knead for 2 minutes.
Divide into 10 balls & place on a generously floured tray (for easy lifting later)
Rest until doubled in size.

3. Heat up oil for deep fry.
Fry the buns until golden (medium-slow fire otherwise you end up with uncooked buns in the centre).
Cool & slice 3/4 way through.
Stuff with cucumber slices & Sambal Ikan Bilis or sardin

Wednesday, December 21, 2011

Kek Lumut

By: Masaly

BAHAN2:
1 cwn Tepung Gandum*
1 cwn Horlicks* (* mixed)
3/4 cwn Gula
250g Butter
4 biji Telur Grade A
1 sb Pandan Paste
4 sb Serikaya
1/4 cwn Susu Pekat

BAHAN2:
1. Pukul butter & gula sehingga putih & kembang.
Masukkan telur satu persatu sambil di pukul perlahan.
Masukkan susu pekat, serikaya, pandan paste & pukul rata setiap campuran.
Masukkan tepung campuran horlicks.

2. Tuangkan ke dlm tin yg di lapik & di minyakkan.
Kukus 3 jam dgn api sederhana.

Monday, December 19, 2011

Karipap




Bahan-bahan :
250g tepung gandum
2 sudu marjerin- panaskan
2 sudu minyak masak - panaskan
garam skit
air
INTI
5 biji keledek
2 sudu kari ayam/daging
1 biji bwg besar
2 ulas bwg putih
garam
air
isi ayam
Cara-cara :

Untuk membuat kulit karipap - campurkan tepung n marjerin.Gaul rata..Masukkan minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Masukkan garam dan air sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.

Untuk buat inti - keledek dikupas dan dipotong dadu dan ketepikan.
Blend bawang besar dan bawang putih. Tumiskan bhn2 tersebut hingga naik bau. Masukkan pes kari dan isi ayam, kacau rata. Kemudian masukkan keledek,air dan garam sekucup rasa. Rebus sehingga keledek empuk dan air kering.
Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai dan mengelim. Goreng dengan api yang sederhana.

Croissant Pudding


Bahan

250ml susu segar
100 gm gula kastor
4 biji telor
1 sudu kecil tepong kastard
sedikit esen vanila
croissant dalam 3 - 4 biji

Cara

Belah croissant dan susun dalam acuan.
Pukul telor bersama gula dan susu segar sehingga sebati.
Masukkan tepong kastard dan esen vanila..kacau dan tapiskan.
Kemudian tuang kan keatas croissant perlahan-lahan.
Bakar sehingga masak....pada suhu 180 C...

Friday, December 9, 2011

PALOVA




Bahan-bahan


3 biji putih telur
50 gm gula kastor
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil esen vanila

Topping

250g whipping cream
30g gula icing
1/2 sudu kecil esen vanila
Buah-buahan seperti strawberry,passionfruit,kiwi,blueberry,pineapple dan sebagainya.


Cara-cara
Pastikan mangkuk anda bersih yer.Putar putih telur sampai keluar 'soft peak',tambah gula kastor sedikit demi sedikit dan putar sehingga keluar 'stiff peaks'.pastikan gula betul2 hancur.masukkan esen vanila, cuka dan tepung jagung.kacau semuanya.
Lukiskan bulatan besar pada baking paper dan sudukan adunan ke dalamnya.Panaskan oven 180 degree celcius dan tukarkan ke 120 degree celcius sebaik sahaja ia dimasukkan ke dlm oven.bakar selama 1 jam dan sejukkan 30 minit.


Untuk topping,putar whipping cream sehingga muncul soft peaks.

Maniskannya dgn gula dan esen vanila.
sudukan whipping cream keatas pavlova sehingga menutupi atasannya.

Hias dengan buah-buahan.

Tuesday, December 6, 2011

Blueberry Cheese Tart





Bahan:



170 gm butter

50 gm castor sugar

1 biji telor grade C

290 gm tepong gandum

1 sudu teh esen vanila

acuan tart.


Filling:

250 gm cream cheese

50 gm castor sugar

1 biji telor gade B

1 sudu teh esen vanila


Blueberry filling.






Cara:


Gaul butter bersama gula sampai creamy.

Masukkan telor dan pukul lagi kemudian masukkan esen vanila gaul.

Masukkan tepong gandum gaul sampai menjadi doh lembut.

Bulatkan doh dan tekan kedalam acuan tart tadi.

Bakar sebentar pada suhu 180 C selama 10 - 15 minit.



Untuk membuat filling pukul cream cheese bersama gula sampai fluffy and creamy.

Masukkan telor gaul dan tambah dgn essen vanila.

Sendukkan aduan cream cheese kedalam doh tart yg d bakar tadi.Hiaskan d atas dgn blueberry filling susun d atas dulang pembakar dan bakar lah selama 20 minit atau filling tadi nampak sedikit kering.