Tuesday, October 26, 2010

Kek Lapis INDIA

Buat kali pertama membuat Kek Lapis INDIA.... Teruja dengan kecantekan kek ini dan sudah pastinya sedap kerana mengandungi coklat Cadbury... Ini lah rupa Kek Lapis INDIA dari Ma.

Resipi Kek Lapis INDIA ini Ma perolehi dari seorang insan di Internet. Terima kasih kerana berkongsi resipi.
Untuk itu Ma mengurangkan pengunaan gula dan susu manis di dalam Kek ini.

Resipi:

16 oz mentega
10 biji telur
65 gm nestum putih (nestum beras bayi)
300 gm gula
100 gm tepung biskut marie

1 peket santan serbuk (5ogm) -optional
397 gm susu manis
120 gm tepung gandum
coklat cadbury secukupnya

Cara:
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu hingga habis. Masukkan tepung biskut marie, nestum, tepung gandum, santan dan susu. Gaul rata. Bakar lapisan pertama hingga masak. Ratakan adunan untuk lapisan kedua dan susun coklat cadbury. Bakar hingga masak. Ulang hingga habis.

Kek Lapis INDIA ini memang ternyata sedap. Sesiapa yang ingin mencoba silakan...... selamat mencoba ya teman2.

2 comments:

  1. Salam Kenalan :) Suka I see that kek lapis, you said not sweet.

    You like cooking like I do, so am following your blog, do follow mine?

    ReplyDelete
  2. Mesti try ni,jarang jumpa kek ni.Penggemar chocolate mesti suka mkn,hehehe.

    ReplyDelete