Friday, October 22, 2010

Kerabu Su'un


Satu daripada kesukaan ku... Kerabu Su'un. Juadah yang asalnya dari Negara Thai.... Satu hidangan yang merupakan pembuka selera..

Resipi:

1 bungkus Su'un
Cili padi
Bunga kantan ~ dihiris
Daun ketumbar
Bawang merah
Udang kering
Kacang Tanah
Sos Ikan (Nam Pla)
Limau Kasturi
udang hidup (rebus)
kacang tanah untuk tabur
Garam
Gula

Cara:
Su'un di rebus dengan air panas sebentar kemudian toskan.
Tumbuk cili padi, bawang merah dan udang kering.
Kacang tanah di tumbuk kasar.
Campurkan bahan tumbuk tadi bersama dengan su'un gaul.
Tambahkan sos ikan, garam, gula bersama perahan air limau.
Akhir sekali taburkan dengan hirisan bunga kantan,daun ketumbar,udang dan kcg tanah.


No comments:

Post a Comment