By: Masaly
sumber : maklang lina
Bahan
1 ekor ayam dipotong kecil2
6 batang serai dititik sehingga pecah bawahnya ( sekiranya tidak pecah bawahnya, rasa serai itu kurang dan serai lambat kering)
2 keping asam gelugor
Garam dan kunyit
Bahan untuk di kisar:
6 biji bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
20 tangkai lada kering dibuang biji dan direbus
Caranya:
Ayam di lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh masak
Angkat ayam dan toskan minyaknya
Tumiskan bahan2 yang telah dimesin sehingga agak garing
Masukkan
ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor dan
goreng lagi sehingga serai kering. Sekiranya serai belum cukup kering
dan tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum
siap untuk di makan.
Angkatkan semuanya dan boleh dimakan dengan nasi putih panas2 atau dengan nasi impit.
No comments:
Post a Comment