Tuesday, December 14, 2010

Chiffon Cheese Cake

Semalam mencari-cari resipi chiffon cake... melayari internet.. terjumpa satu resipi ~ Chiffon Cheese Cake. Hari ini mencuba.... texture kek nya terlalu lembut dan bahan2nya simple and mudah di perolehi. Jom sesiapa yang mahu mencuba ..silakan ya.... :)

Resipi:

Bahan A
60 ml susu cair
40 gm krim cheese
25 gm mentega

Bahan B
65 gm tepong gandum
4 biji telor kuning (dipukul sedikit)

Bahan C
4 biji putih telor
100 gm guka caster
1/8 tsp garam halus
1/8 tsp krim of tartar

CARA:
1. Panaskan ketuhar suhu 160 C
2. Satukan A & masak secara double boiler sehingga sebati dan pekat
3. Angkat dan masukkan kedalam B, gaul sehingga sebati, whisk hingga licin dan tidak berketul.
4 Pukul bahan C hingga kembang dan kental kemudian masukkan kedalam B & kaup balikkan hingga sebati.
5. Tuang kedalam loyang 9". Bakar selama 35 - 40 minit.


Selamat MENCUBA...

No comments:

Post a Comment