Bahan-bahan
1 bungkus mi segera (perasa apa pun takpe) - masak mi sahaja (tanpa perasa ye...) dan toskan airnya
sedikit isi ayam - cincang
1/2 biji bawang besar - potong dadu
daun bawang - optional
1/2 biji cili merah - potong dadu
1 sudu kecil serbuk kari (kalau suka)/perisa mee segera
2 biji telur
garam secukup rasa
Cara-cara
- Pukul 2 biji telur dalam mangkuk... pukul sikit jer macam nak buat telur dadar tu.
- Masukkan semua bahan-bahan yang lain (kecuali mi) ke dalam telur dan kacau rata.
- Boleh juga masukkan perisa mi segera tu. Kalau tak nak, tambah sedikit serbuk kari dan garam sebagai perasa.
- Panaskan kuali leper dengan sedikit minyak.
- Ambil separuh dari mi yang dah dicelur tadi dan masukkan separuh daripada campuran telur ke dalam mangkuk kecil dan kacau rata.
- Bila kuali cukup panas, tuangkan ke atas kuali dan ratakan. Bentukkan la macam murtabak.
- Masak macam buat murtabak biasa. Jangan lupa terbalikkan untuk pastikan murtabak tu masak dengan sempurna.
- Dah masak, angkat dan ulang proses masak dengan baki mi dan adunan telur selebihnya.
- Bila siap, potong dan hidangkan.