Monday, April 18, 2011

Grape Cheese Tart..



Resipi:
BAHAN:
Sweet Pastry
200 gm mentega
100gm gula icing
1/4 sudu essen vanila
1 biji telor
420 gm Tepong Gandum
1 sudu besar Tepong Susu

CARA:
Pukul mentega bersama gula icing sehingga lembut, masukkan essen vanilla.
Masukkan telor putar lagi sampai gebu.
Masukkan tepong gandum dan tepong susu, gaul sehingga sebati.
Canaikan dan masukkan kedalam acuan.
Bakar sebentar...kira2 setengah masak... Suhu 170 darjah.

Filling:
250 gm Cream cheese
150gm susu pekat manis
3 biji telor(asing kan putih dan kuningnya)
sedikit cream of tartar
1 sudu makan gula

CARA:
Pukul putih telor sampai kembang dan pekat, masukkan cream of tartar, gaul lagi sehingga rata. Kemudian masukkan gula, gaul sampai lembut dan gebu... ketepikan.

Pukul cream cheese sehingga lembut, kemudian masukkan susu pekat manis dan telor kuning. Gaul lagi sehingga rata. Campurkan bahan putih telor tadi dan pukul perlahan-lahan sehingga sebati. Kemudian tuangkan kedalam pastry yang telah di masak tadi. Susun buah di atas nya...

Bakar pada suhu 180 darjah selama 25 - 30 minit atau sehingga masak...

BAHAN HIASAN
Buah anggur (seedless grape)

No comments:

Post a Comment