Friday, March 4, 2011

Ayam masak serai


Hari Sabtu menjamu selera dengan Ayam masak Serai..... caranya sama lebih kurang masak lemak cili api tapi ada kelainan sikit (Serai dilebihkan)...... selamat mencuba ya kepada yang ingin merasa masakan ini...


Bahan A - di kisar
  1. 1 inci Halia
  2. 1 inci Lengkuas
  3. 1 inci Kunyit Hidup
  4. 1 biji Bawang Besar
  5. 6 ulas Bawang Putih
  6. 5 biji cili kering - direbus dahulu

Bahan B

  1. Seekor Ayam
  2. 2 keping Asam Keping
  3. Sedikit Garam Secukup Rasa
  4. Sedikit Gula Pasir
  5. 1 Sudu Besar Serbuk Rempah Kari
  6. 1/2 biji Santan
  7. 6 Batang Serai - dititik bawahnya
  8. 4 helai Daun Limau Purut
  9. 1 Helai Daun Kunyit
  10. Bunga Cengkih, Bunga Lawang, Kulit Kayu Manis
  11. Minyak Masak

Cara memasak:-

  1. Bland semua bahan A dan perap dengan ayam
  2. Tumis sedikit hirisan halia, bawang merah dan bawang putih, bunga cengkih , bunga lawang dan kulit kayu manis
  3. Bila dah naik kuning bhn² tersebut, masukkan semua ayam yang diperap tadi. Masak sehingga pekat dan kemudian masukkan santan pekat.
  4. Bila dah agak pekat kuah santan tadi, masukkan santan cair berserta garam, gula, asam keping dan serai.
  5. Bila dah agak pekat dan masak ayam tersebut, masukkan hirisan halus daun limau purut dan daun kunyit.
  6. Sedia untuk dimakan...

No comments:

Post a Comment