Monday, April 22, 2013

Lepat Ubi Kayu



By: Masaly
resipi: My Resipi


Bahan2 :
  • 5 batang ubi kayu
  • 2 biji kelapa parut
  • 1/2 kg gula merah
  • 3 cawan gula pasir
  • garam secukup rasa
  • daun pisang untuk membalut

Cara-cara

  1. ubi kayu diparut.setelah itu gaulkan bersama kelapa parut, gula merah,gula pasir sehingga sebati.
  2. tambahkan sedikit garam untuk perisa.
  3. letakkan di atas daun pisang,dan balutkan.
  4. kukus selama 15-20 minit.

Sira Ubi Bandung


 By: Masaly
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
500gm ubi kayu
1/3 cawan gula melaka~ ikut kemanisan yg disukai
2 helai daun pandan
secubit garam
air secukupnya

Cara:
Bersihkan ubi kayu dan potong kecil.
Rebus ubi kayu dlm air yg menutupi paras ubi hingga empuk.
Keluarkan air dan tinggalkan lebih kurang 1 cawan (lebihkan jika ingin kuahnya lebih).
Masukkan gula melaka, daun pandan dan garam.
Masak hingga gula Melaka hancur dan kuah menjadi pekat/likat.
Masukkan ubi rebus tadi dan gaul rata.
Angkat dan hidangkan

Monday, March 11, 2013

Sambal Tumis Belimbing Buluh







Bahan:
10-12 biji belimbing buluh - dibelah 2
1 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
5 tangkai cili padi
1 sudu besar cili kisar
segenggam ikan bilis
Sedikit gula perang
Garam secukup rasa
Sedikit belacan
~ Tumbuk kesemua bahan.

Cara-caranya :-
Tumis bahan-bahan tumbuk dan masukkan cili kisar hingga garing. 
Masukkan buah belimbing kacau hingga naik bau. Apabila belimbing dah agak layu masukkan gula perang, garam dan gaul rata. Tutup api.

Thursday, January 31, 2013

Dabey Jeruk




By: Ma Saly
SourceL AlongRoz@HomeKreation

Bahan:
1 kg Buah Dabai
1 Botol Kicap Manis
1 Botol Kicap Masin

Cara2:
1. Basuh Dabai sehingg bersih & masukkan ke dalam botol.
2.Tuangkan kicap menutupi kesemua buah Dabai
3. Tutup ketat & simpan d suhu selama 2-3 hari sehingga isinya lembut.
4. Siap untuk d hidangkan
5. Simpan d dalam peti sejuk supaya tahan lama.

   

Friday, November 23, 2012

Kuih Bom



Bahan-bahan:-

120 gm Tepung Pulut
20 gm Tepung Gandum
35 gm Gula Kastor
Secubit Garam
100 ml Air
 
Biji Bijan - untuk salut
 
Inti Kelapa/Kacang Merah

Cara-cara :
1. Campurkan kesemua bahan (kecuali bijan dan inti) sehingga sebati menjadi doh yang lembut. Bahagikan kepada 12 ketul.
2. Leperkan seketul doh, letak seketul inti, balut dan bulatkan.
3. Golekkan ke atas biji bijan sehingga menyaluti seluruh permukaan bola kuih.
4. Ulang sehingga habis.
5. Goreng dengan minyak yang dalam sehingga garing.

Friday, November 9, 2012

Mini Apam Balik

Bahan:
2 Cawan Tepong Gandum
1/2 Cawan Gula
1 sudu teh Soda bicarbonate
1 sudu teh Baking powder
1 biji telor
1 1/2 Cawan air
Sedikit perwarna kuning

Inti:
Kacang tanah di tumbuk halus
Gula
sedikit mentega untuk sapuan 

Cara:
Masukkan kesemua bahan tadi dan gaul sehingga sebati.
Sediakan acuan apam, tuang kan adunan tadi  ke dalam acuan, masak dengan api perlahan. Setelah masak angkat, sapukan mentega dan taburlah dengan gula dan kacang tanah.. Lipat dua. Sedia untuk d hidang.