Monday, October 22, 2012

Murtabak Maggie




Bahan-bahan

1 bungkus mi segera (perasa apa pun takpe) - masak mi sahaja (tanpa perasa ye...) dan toskan airnya
sedikit isi ayam - cincang
1/2 biji bawang besar - potong dadu
daun bawang - optional
1/2 biji cili merah - potong dadu
1 sudu kecil serbuk kari (kalau suka)/perisa mee segera
2 biji telur
garam secukup rasa

Cara-cara
  • Pukul 2 biji telur dalam mangkuk... pukul sikit jer macam nak buat telur dadar tu.
  • Masukkan semua bahan-bahan yang lain (kecuali mi) ke dalam telur dan kacau rata.
  • Boleh juga masukkan perisa mi segera tu. Kalau tak nak, tambah sedikit serbuk kari dan garam sebagai perasa.
  • Panaskan kuali leper dengan sedikit minyak.
  • Ambil separuh dari mi yang dah dicelur tadi dan masukkan separuh daripada campuran telur ke dalam mangkuk kecil dan kacau rata.
  • Bila kuali cukup panas, tuangkan ke atas kuali dan ratakan. Bentukkan la macam murtabak.
  • Masak macam buat murtabak biasa. Jangan lupa terbalikkan untuk pastikan murtabak tu masak dengan sempurna.
  • Dah masak, angkat dan ulang proses masak dengan baki mi dan adunan telur selebihnya.
  • Bila siap, potong dan hidangkan.

Sunday, October 14, 2012

Daging/Ayam Masak Lada Hitam

 

Bahan-bahan 

  • 1/2 kg daging/ayam (dihiris nipis)
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • kicap manis sesedap rasa
  • sedikit garam
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato

Cara-cara

  1. Tumbuk lada hitam hingga hancur, barulah tumbuk halia, bwang putih, dan bawang besar hingga lumat
  2. Gaulkan bhn tumbuk tadi dengan daging yg telah dihiris nipis
  3. Masukkan sos tiram, sos tomato, cili, kicap pekat dan kicap manis, kunyit dan garam. gaul rata
  4. Perap dahulu daging tersebut selama 2 jam sebelum di masak, makin lama perap makin sedap
  5. Panaskan minyak dan goreng daging hingga empuk, tambahkan sedikit air
  6. Setelah masak, boleh dihias dengan hirisan daun bawang, lada, daun sup, dan hirisan bawang.

Kue Tiew Basah


 
Bahan-bahan:
1 pek kue tiew - masuk dlm tapis basuh dan toskan
200gm ayam/daging - dihiris nipis
10 ekor udang besar
2 ikat sawi - dipotong
3 biji telur
2 labu bawang besar - kisar
4 ulas bawang putih - kisar
3 sudu makan cili kisar - nak letak kurang pun boleh
3 sudu makan sos tiram
4 sudu makan kicap
garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa
sedikit tepong jagong - untuk memekatkan kuah (d cmpr dgn sedikit air)
minyak untuk menumis

Cara:
panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar sehingga naik bau
masukkan daging/ayam dan sedikit air
masak sehingga daging empuk
kemudian masukkan sos tiram, cili kisar, kicap, garam, serbuk perasa dan gula
gaulkan sebati dan tumiskan sehingga rempah bertukar warna kegelapan sikit dengan menggunakan api sederhana besar, masukkan udang gaulkan sebati dan biarkan sekejap,masukkan bancuhan tepong jagong gaul sehingga kuahnya pekat.
masukkan pula sawi dan gaul rata, masukan telur, gaul rata bg telur masak
bubuh pula kue tiew. Masak dan hidangkan dengan taburan bwg goreng/cili potong.




Wednesday, September 12, 2012

Telor 3 Rasa


Bahan:
2 biji Telor masin (rebus keras)
2 biji Telor Padi (century egg)
4 biji Telor ayam
Daun bawang
Tomato
Garam
pepper
Cara:
Telor Masin dan telor padi d potong dadu..
Telor ayam d pukul, masukkan garam dan pepper..
Telor padi dan telor masin yg d potong tadi d masukan kedalam acuan kemudian tuangkan telor ayam yg sudah d pukul tadi..taburkan daun bawang dan tomato..Kukus dgn api sederhana sampai masak.

Monday, July 23, 2012

Sunflower Semprit




 By: Masaly
Resipi: Reen Khan Shariff


BAHAN BAHAN

200 GM BUTTER 
80 GM GULA ICING
1 BIJI KUNING TELOR
1 SUDU KECIL ESEN VANILLA
*125 GM TEPUNG GANDUM
*100 GM TEPUNG JAGUNG
*125 GM TEPUNG KASTARD CAP BUNGA RAYA
HIASAN
TERPULANG PADA MASING MASING NAK LETAK APA PUN BOLEH TAPI LAGI SEDAP KALAU BUBUH COKLAT CHIP

BAHAN BERTANDA * DIAYAK

CARANYA
TANPA MENGUNAKAN MIXER JUST GUNA WHISK SAHAJA
PUKUL BUTTER DENGANN GULA
MASUK KUNING TELOR ,ESEN VANILLA DAN PUKUL PELAHAN SUPAYA MESRA
AKHIR SEKALI MASUK KAN TEPUNG2 YANG DI AYAK TADI SEDIKIT DEMI SEDIKIT .DAN KAUP DENGAN PERLAHAN2 SUPAYA MENJADI DOH
GUNAKAN ACUAN SEMPERIT PECAH 15.TEKAN DI ATAS DULANG YANG TELAH DILENGSER  DENGAN SEDIKIT BUTTER
BAKAR PADA SUHU 170 API BAWAH SAHAJA SELAMA 15- 20 MINIT ATAU  FOLLOW PADA OVEN MASING2

SELAMAT MENCUBA ..

TIPS
SUPAYA BISKUT TIDAK KEMBANG ATAU DEBAB
MASA MIX BUTTER DENGAN GULA JGN LAMA SGT ASALKAN SEBATI SAJA.

Wednesday, July 18, 2012

Carnation cOOkies






Resepi : Reen  Khan Shariff
By:Ma Saly
Bahan-bahan :
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung kastard
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan marjerin / mentega
  • 1/2 sudu kecil  baking powder
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla 
  • 1/2 cawan gula kastor (dikisar halus) - jika menggunakan gula aising, lebihkan sedikit sukatannya.
  • sedikit strawberry paste 
  • pewarna merah jambu- optional 
Cara-cara :
  1. Tepung gandum, tepung jagung, tepung kastard dan baking powder diayak  bersama.
  2. Pukul gula, mentega dan telur hingga sebati. reen guna whisk sahaja  Masukkan vanila, kacau rata.
  3. Masukkan tepung. kaup pelahan dengan spatula supaya menjadi doh.bahagikan 2 bahagian  1 bahagian di letak kan strawberry paste dan sedikit pewarna merah jambu dan 1 bahagian warna asal.
  4. Simpan di dalam bekas kedap udara sementara membentuknya. 
  5. Untuk membentuk, ambil 2 warna  dan tekan ke dalam acuan biskut semperit pecah 15.
  6. hiaskan dengan coklat chip.atau guna acuan bintang kecil picitkan sedikit atas biskut tadi sebagai hiasan.
  7. Bakar pada 170 C selama 15 -20 minit atau hingga masak.api bawah saja.

Sunday, June 17, 2012

Cornflake Cookies



 
Butter- 100 gms
Caster sugar- 75 gms
Egg- 1 large (slightly beaten)
Vanilla extract- 1/2 tsp
Plain flour- 150 gms
Corn flour- 15 gms
Baking powder- 1/4 tsp (optional)
Plain cornflakes- 40 gms (coarsely crushed)
 
In a bowl mix together the flour, corn flour and baking powder. Keep aside.
Cream together the butter and sugar in a mixing bowl till light and fluffy. You can either use an electric beater or just a hand whisk would do.
Add the lightly beaten egg followed by vanilla extract and mix together for about a minute or so, till they all come together.
Tip in the flour mix and fold with a spatula till no traces of flour is seen. 
Pre-heat the oven to 175C and line a baking tray with baking paper.
Have the crushed cornflakes in a bowl.
Lightly wet your palms and make small balls out of the dough. About 1 tsp in size (approx.)
Roll the balls in cornflakes and place on the tray, about an inch apart.
Bake for 25 minutes or till the cookies become a nice golden brown in colour.
Take the tray out of the oven and leave to set for about 5 minutes after which you can transfer the cookies on to a cooling rack and wait for them to completely cool.
Store them in an air tight container or eat them right away with a cuppa tea :)
Notes: You can replace the caster sugar with normal granulated sugar.
I used Kellogg's cornflakes.
Refrigerate the dough for about half an hour, if you find they are too sticky to make into balls.