Tuesday, November 23, 2010

Ketupat


Menganyam daun ketupat..... sebenarnya baru pandai buat, itu pun belajar dari adik ipar yang terrer.... Bila dah pegang daun apong tu dan mula kan menganyam.... terus menjadi. Suka lah tu.


Hari ini buat sikit untuk juadah petang. Tadikan buat kuah kacang tapi anak reject. Endak berapa suka makan dengan kuah kacang. Request minta masakkan Ayam Kari. Itu lah makan dengan Ayam Kari.

Ayam Kari




Baru keluar dari periok.

Sago Ubi Kayu..


Hari tu ada beli sikit Ubi Kayu tapi simpan dalam peti ais. Sudah 2 - 3 hari enda tahu kan masak apa. Tiba2 ada rasa kan makan Sago Ubi kayu yang macam arwah Mak buat masa kecik2 duluk. Macam ni lah hasil kuih tradisional tu.....

Resipi:

Bahan ~ sukatan sendiri.
Ubi kayu ( d parut )
Sago (untuk masak bubur)
Kelapa kering
sedikit gula
sedikit garam
sedikit perwarna (warna kesukaan)
gula icing untuk taburan

Cara:
Campurkan kesemua bahan kedalam satu bekas.
Gaul rata dan warnakan.
Masukkan kedalam loyang.
Bakar pada suhu 150 selama 20 - 30 minit sehingga masak.
Boleh d makan bersama taburan gula icing...


Selamat mencoba yang teman.






Monday, November 22, 2010

CUPcakes



Bikin Cupcakes untuk minum petang nanti. Gunakan bahan yang sangat simple dan mudah.... Sesiapa yang mahu resipi silakan ambil dari blog ni...

Resipi:

250gm Butter
200 gm Caster sugar
210gm tepong gandum
5 biji telor
1/2 Baking Powder
1tsp essen vanilla

Cara:
Pukul mentega bersama gula sampai kembang.
Masukkan telor satu persatu, kemudian masukkan tepong gandum...gaul rata
Masukkan baking powder dan essen vanilla. gaul sehingga sebati
Masukkan kedalam acuan paper cup.... bakar pada suhu 180 selama 25 minit.

Selamat mencoba....

Tuesday, November 16, 2010

Kek Lapis Nutella

Sempena Aidil Adha semalam...buat Kek Lapis Nutella..... Enak, lembut dan sedap...


Resipi:
Bahan-Bahan
500 gm mentega
180 gm gula
1 sudu teh ovellette
10 biji telur (saiz besar)
1 tin (397gm) susu pekat manis
260 gm tepong Hong Kong
100 gm horlicks
220 gm Nutella

180 – 200gm Nutella untuk di bubuh pada lapisan kek (lebih pun takpe, sedapp..)

Cara:
1) Pukul mentega, gula dan ovalette sehingga kembang (kira-kira 10 minit).
2) Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus pukul (kira-kira 7-8 minit)
3) Perlahankan speed mixer, bubuh susu pekat manis dan terus pukul.
4) Seterusnya, kurangkan kelajuan mixer hingga ke paras paling perlahan (rendah) lalu masukkan tepung HK dan horlicks sedikit demi sedikit. Pukul hingga sebati dan rata.
5) Bahagikan adunan kpd 2 bahagian. Satu bahagian dibiarkan plain. Yg satu lagi dibubuh Nutella dan dikacau rata.
6) Bakarlah selapis selapis. Pada setiap lapisan cokelat, bubuh lagi Nutella (dgn menggunakan sudu, biarkan ia jatuh sedikit-sedikit di atas lapisan kek.




Saturday, November 13, 2010

Cake POP

Family FUN days.....buat satu pembaharuan dalam baking...... cake POP.... memang fun and easy.

Resipi akan di siarkan kemudian...
Seperti yang di janjikan.... inilah resipi Cake Pop.

Bahan:
1 swiss roll - any flavour
150 gm Cream cheese
50gm icing sugar
Cooking chocolate
Cake decoration

Cara:
Swiss roll di ramas sampai hancus.
Pukul cream cheese bersama icing sugar.
Kemudian masokkan swiss roll tadi dan gaul sampai menjadi doh.
Bulat2kan adunan tadi dan simpankan kedlm peti ais selama 2 jam.

Cairkan cooking chocolate.
Bila cake pop dah keras, celupkan kedalam chocolate cair tadi.
kemudian taburkan dengan kek decoration.
Buatlah sampai habis.
Masukkan ke dalam peti ais sebentar sebelum d makan.

Bingka Kacang Hijau


Buat Bingka Kacang Hijau untuk juadah petang nanti. Sebenarnya ada lebihan kacang hijau yang d rebus semalam...jadi buatlah seloyang..


Resipi:
Bahan:
200gm Tepong gandum
600gm Santan (2 pkts santan + 600gm air)
400gm Kacang Hijau (direbus dan kisar)
200gm Gula
4 biji telor
30gm mentega cair
sedikit garam
sedikit bijan untuk taburan

Cara:
Masukkan kacang hijau d dlm satu bekas, kemudian masukkan telor,gula dan tepong. D gaul rata.

Masukkan santan & garam gaul lagi, akhir sekali masukkan mentega cair.

Tapiskan ke dalam acuan.

Bakar dgn suhu 190 selamat 45 minits.

Siapa2 yang ingin mencuba...silakan ambil resipi d sini....

Tuesday, October 26, 2010

Kek Lapis INDIA

Buat kali pertama membuat Kek Lapis INDIA.... Teruja dengan kecantekan kek ini dan sudah pastinya sedap kerana mengandungi coklat Cadbury... Ini lah rupa Kek Lapis INDIA dari Ma.

Resipi Kek Lapis INDIA ini Ma perolehi dari seorang insan di Internet. Terima kasih kerana berkongsi resipi.
Untuk itu Ma mengurangkan pengunaan gula dan susu manis di dalam Kek ini.

Resipi:

16 oz mentega
10 biji telur
65 gm nestum putih (nestum beras bayi)
300 gm gula
100 gm tepung biskut marie

1 peket santan serbuk (5ogm) -optional
397 gm susu manis
120 gm tepung gandum
coklat cadbury secukupnya

Cara:
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu hingga habis. Masukkan tepung biskut marie, nestum, tepung gandum, santan dan susu. Gaul rata. Bakar lapisan pertama hingga masak. Ratakan adunan untuk lapisan kedua dan susun coklat cadbury. Bakar hingga masak. Ulang hingga habis.

Kek Lapis INDIA ini memang ternyata sedap. Sesiapa yang ingin mencoba silakan...... selamat mencoba ya teman2.